Kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru SK Pechah Rotan, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-21 bakal dilaksanakan pada masa terdekat ini.
Sehingga kini, tarikh yang diputuskan adalah pada :
Tarikh : 26 Mac 2015.
Hari : Khamis.
Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Setiausaha kini telah membuka sebarang usul atau cadangan dan hendaklah dihantar atau dimasukkan ke dalam Peti Aduan Sekolah sebelum atau pada :
Tarikh : 24 Mac 2015.
Hari : Selasa.
Jam : 12.30 tengahari.
InsyaAllah sebarang maklumat lanjut akan dipanjangkan melalui surat yang akan diedarkan.
Sekian, terima kasih.

