Friday, March 20, 2015

Makluman Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-21

Assalamualaikum...

Kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru SK Pechah Rotan, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-21 bakal dilaksanakan pada masa terdekat ini.


Sehingga kini, tarikh yang diputuskan adalah pada :

Tarikh     : 26 Mac 2015.
Hari        : Khamis.


Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Setiausaha kini telah membuka sebarang usul atau cadangan dan hendaklah dihantar atau dimasukkan ke dalam Peti Aduan Sekolah sebelum atau pada :

Tarikh    : 24 Mac 2015.
Hari        : Selasa.
Jam        : 12.30 tengahari.


InsyaAllah sebarang maklumat lanjut akan dipanjangkan melalui surat yang akan diedarkan. 

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum...

Alhamdulillah... untuk kesekian kalinya, SK Pechah Rotan melangkah ke arah dimensi baru. Kini dengan penampilan laman sesawang yang khusus bagi sumbangsaran dan maklumat terhadap aktiviti PIBG SK Pechah Rotan.

Semoga dengan adanya laman sesawang ini, ia dapat membantu melicinkan lagi aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan diatur.


Sekian, terima kasih.


Blog_Master,
SK Pechah Rotan.